Lelaki Pukul Ibu Hingga Cedera Di Kepala, Patah Dua Gigi

21 Feb 2024 • 10:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Pukul Ibu Hingga Cedera Di Kepala, Patah Dua Gigi

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Hanya kerana tidak berpuas hati almari kasut diletakkan di laluan masuk ke biliknya, seorang pemuda bertindak kejam memukul ibunya dengan menggunakan stereng kereta, menyebabkan mangsa patah dua batang gigi dan berdarah di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata dalam kejadian 12.30 malam itu, mangsa berusia 74 tahun dilaporkan sedang tidur, sebelum didatangi suspek yang kemudian bertindak memukul warga emas itu.

“Melihat kejadian itu, adik mangsa yang berusia 30-an cuba untuk menenangkan abangnya, namun dia turut ditumbuk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu ibu mangsa telah membuat laporan polis dan suspek yang berusia 36 tahun yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, ditahan sejurus selepas itu.

Beliau berkata hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati mendapati negatif dadah.

Lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga 27 Feb depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved