Kalau di Malaysia, universiti awam akan menjadi pilihan utama untuk sesetengah pelajar menimba ilmu kerana faktor yuran yang berpatutan dan kualiti pembelajaran. Jadi, bila dah dapat permintaan banyak, sudah tentu akan ada kuota dalam kemasukan dalam pengambilan pelajar yang perlu direbut.
Pelajar juga boleh memohon sesebuah universiti yang diidamkan melalui dua cara iaitu secara terus kepada pihak universiti ataupun menggunakan portal sistem UPU.
Namun, ia tidak semudah yang disangka untuk mendapat penempatan kerana ramai di antara kita yang telah mengadu di media sosial berkenaan sistem UPU ini yang dikatakan tidak adil dalam memilih pelajar. Betul ke?
Lelaki raih CGPA 3.95 kecewa ditolak masuk IPTA tapi dapat tawaran universiti di UK
Seperti baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial berkenaan ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan oleh sistem UPU.
Sebuah hantaran telah dikongsikan di laman Twitter yang memaparkan seorang lelaki yang meraih CGPA 3.95 kecewa kerana ditolak masuk universiti awam atau IPTA tetapi menerima tawaran universiti di United Kingdom (UK).
My result. UPU vs UCAS. i don’t get it what’s wrong with upu. not even one? pic.twitter.com/sBeEEnwdJY
— Firdaus Lee (@thefirdauslee) September 25, 2022
“My result. UPU vs. UCAS. saya tak faham apa yang tak kena dengan UPU ini. Tak dapat satu langsung pun?”
Menerusi hantaran tersebut, beberapa tangkap layar telah dikongsikan dan antaranya adalah keputusan sepanjang sem, keputusan UPU dan juga keputusan kemasukan universiti di UK ataupun UCAS.
Netizen turut kongsi pengalaman yang sama
Hantaran tersebut telah mendapat ramai perhatian ramai netizen dan rata-rata daripada mereka berkongsi perkara yang sama dan menafikan sistem pemilihan daripada pihak UPU itu.



Apa korang rasa dengan sistem UPU ini?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

