Lelaki rentung flat terbakar di Jalan Hang Tuah

21 Jul 2025 • 12:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah unit flat di Jalan Hang Tuah di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.54 pagi, sebelum 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah bergegas ke lokasi.

Kebakaran menyebabkan kemusnahan unit di tingkat 10 flat berkenaan yang berkeluasan kira-kira 6 x 6 meter.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 3.10 pagi dan mangsa berusia 50-an ditemui dalam bilik air.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved