Buang bayi kerana panik, ibu ditahan

21 Jul 2025 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Media sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki ditemukan di hadapan sebuah rumah di Kampung Burung, Lahad Datu pada jam 3.06 pagi Jumaat. Gambar hiasan

LAHAD DATU - Polis menahan seorang wanita disyaki membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di Kampung Burung, Jalan Bakawali di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, wanita berumur 30 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada Ahad, selepas hadir memberikan keterangan.

"Siasatan awal mendapati wanita itu bersalin di rumah dan meletakkan anaknya di luar rumah selepas panik melahirkan bayi terbabit,” katanya semasa dihubungi di sini pada Isnin.

Dzulbaharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada Jumaat lepas, media melaporkan seorang bayi lelaki ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut kain di hadapan sebuah rumah di kampung itu pada 3.06 pagi.

Bayi itu dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut, tetapi meninggal dunia pada 7.02 malam akibat kelahiran pramatang. - Bernama