Lelaki rogol anak hingga mengandung didakwa di mahkamah esok

24 Jun 2026 • 9:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki rogol anak hingga mengandung didakwa di mahkamah esok
Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis kerana disyaki merogol anak perempuannya berusia 17 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang Pegawai Perubatan berusia 41 tahun pada jam 9.07 malam 18 Jun lalu berhubung mangsa yang didapati sedang hamil.

“Mangsa menyatakan telah dipaksa oleh bapanya membuat hubungan seksual sejak dari umur 12 tahun.

“Susulan itu, suspek berusia 46 tahun itu ditahan pada 19 Jun lalu dan akan dituduh esok,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fadil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved