
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 23 tahun dihukum penjara lapan tahun serta dua kali sebatan rotan kerana merogol seorang perempuan di bawah umur.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu kepada Ag Fadil Ahmad @ Ahmad yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya.
Ag Fadil merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan 10 bulan itu antara jam 5.10 petang dan jam 7.30 malam pada 4 Jun 2021 di dalam bilik sebuah hotel di Papar.
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Mahkamah memerintahkan Ag Fadil menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabitan iaitu pada Isnin.
Selepas menjalani hukuman penjara, mahkamah turut memerintahkan Ag diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
Semasa mitigasi, peguam Farazwin Hexdy yang mewakili Ag Fadil, meminta hukuman paling rendah dengan mengatakan bahawa Ag Fadil memutuskan untuk tidak
meneruskan perbicaraan dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Beliau berkata tiada keganasan dan kecederaan fizikal semasa kejadian itu.
Farazwin turut memaklumkan mahkamah bahawa Ag Fadil perlu menjaga ibunya yang sudah tua dan sakit.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Al Hakim Razak menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas alasan Ag Fadil tidak menunjukkan sebarang rasa menyesal kerana dia hanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya selepas pihak pendakwaan memanggil dua saksi.
Al Hakim berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa trauma.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



