Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

8 Jul 2026 • 3:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Rohingya berusia 32 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja  berusia 19 tahun di Kampung Kuar, berhampiran Tawang.

Suspek ditahan kira-kira jam 9 malam tadi di kawasan sama tempat kejadian yang didakwa berlaku pada 29 Jun lalu.

Susulan penahanan itu, Mahkamah Majistret Bachok hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan suspek akan direman selama enam hari bermula hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, dan siasatan lanjut masih diteruskan. - Getaran, 8 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved