Lelaki Rompak Kedai Emas Demi Kahwini Kekasih Gelap

26 Dec 2024 • 2:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki bertindak berani dengan merompak sebuah kedai emas di kawasan Pasar Kemukusan, Desa Ciberem di Kecamatan Sumbang, Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia pada Khamis lalu.

Lelaki rompak kedai emas

image is not available

Menurut laporan Tribunnews.com, suspek dikenali sebagai AYS, 37, dilaporkan bertindak bersendirian dengan menaiki motosikal dan membawa senjata api sewaktu kejadian.

Hasil rompakan tersebut melibatkan 26 rantai emas seberat 279 gram bernilai 153 juta rupiah (RM42,371).

“Saya mencuri kerana terdesak dan mahu berkahwin,” kata suspek.

image is not available

Hasil siasatan mendapati suspek telah menggunakan aplikasi Google Maps untuk menyasarkan kedai emas itu selepas mendapati kedai premis tersebut tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat.

AYS pada mulanya berpura-pura hendak membeli rantai emas sebelum mengugut jurujual dan melarikan sejumlah kalung emas.

Menurut jurucakap polis, Andryansyah Rithas Hasibuan, suspek mengaku melakukan rompakan tersebut untuk membuat persiapan berkahwin dengan kekasih gelapnya.

“Siasatan juga mendapati isterinya sedang bekerja di luar negeri,” ujar Andryansyah.

Suspek akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa di Surabaya, Jawa Timur Ahad lalu.

Bukti yang dirampas daripada pelaku termasuk sepucuk pistol angin, motosikal Kawasaki KLX, sejumlah rantai leher emas dan beberapa barangan peribadi lain.