Polis kesan suspek rompak kedai runcit guna lastik

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Polis mengesan suspek terlibat dalam kejadian rompakan kedai runcit menggunakan lastik di daerah ini, pada 11 Disember lalu.

Sejak pagi Isnin, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 59 saat tular di media sosial memaparkan dua lelaki memakai topi keledar bertindak memecah masuk premis berkenaan bersenjatakan lastik.

AdvertisementKetua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain mengesahkan kejadian terbabit.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 11 Disember lalu kira-kira jam 4 pagi di sebuah premis tanpa nama di pekan Kota Belud.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Dua lelaki terbabit berjaya mengambil sejumlah wang yang disimpan dalam laci premis berkenaan dan berlaku pergelutan antara dua suspek bersama mangsa,” katanya, dalam kenyataan, Selasa.

Shahrudin berkata, tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku terhadap mangsa manakala polis bertindak menahan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun bagi membantu siasatan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan mana-mana saksi atau individu yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan, diminta tampil ke IPD Kota Belud untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.