Lelaki Sabah Ini Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan Sebagai Cara Desak JKR

1 Feb 2024 • 5:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cara unik dan kreatif lelaki Sabah tarik perhatian pihak berkuasa untuk baiki jalan berlubang

Lelaki Sabah Ini Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan Sebagai Cara Desak JKR. Baru-baru ini, seorang penduduk Sabah menjadi tumpuan ramai apabila beliau mengambil tindakan proaktif untuk menangani masalah jalan berlubang di kawasannya.

Hal ini kerana sudah banyak laporan dibuat, namun tiada tindakan diambil. Disebabkan itu, lelaki tersebut memutuskan untuk menanam pokok pisang di salah satu lubang jalan sebagai cara untuk menarik perhatian pihak berkuasa.

image is not available
Lelaki Sabah Ini Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan Sebagai Cara Desak JKR. Sumber: Facebook

Menerusi perkongsian di laman Facebook, beliau berseloroh dan berkata jika pokok pisang itu berhasil tumbuh, beliau akan menggunakan hasil jualannya untuk membeli tar bagi menutup lubang jalan tersebut.

Gambar yang dimuat naik oleh lelaki tersebut telah menjadi tular dan menarik perhatian ramai sehingga sampai ke pengetahuan Kementerian Kerja Raya negeri Sabah.

Pihak kementerian membaiki pada hari yang sama

Menurut laporan, pada 30 Januari, pihak kementerian mengesahkan bahawa lubang jalan yang ditutup pokok pisang oleh lelaki tersebut telah diperbaiki pada hari yang sama.

Walaupun begitu, mereka juga mengingatkan orang ramai bahawa hujan lebat yang berterusan di kawasan itu mungkin menjejaskan kerja-kerja pembaikan.

https://www.facebook.com/jkrsabah/posts/pfbid02GcDHi53wU6Umt3EJsXyFBp9kVP6DzzNJTVUM6CXEgiYboad2eyrLssufLo7STsonl?ref=embed_post

Walaupun menghadapi cabaran cuaca, pihak kementerian memberi jaminan akan terus melakukan penyelenggaraan jalan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna.

Baca juga artikel yang bekaitan:

https://www.iloveborneo.my/macam-permukaan-bulan-keadaan-terkini-sebahagian-jalan-raya-di-sabah-curi-tumpuan-ramai/

https://www.iloveborneo.my/habis-rosak-rim-netizen-mengadu-jalan-berlubang-di-jalan-demak-petra-jaya-undang-bahaya/