“Tak Semua Layak” – Bukan Handsome Je, Latar Belakang Akademik Adik Cha Eunwoo Buat Ramai Kagum

1 Feb 2024 • 4:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan sahaja mempunyai visual yang kacak, adik lelaki Cha Eun-woo juga turut dikagumi ramai kerana latar belakang pendidikannya yang hebat!

Baru-baru ini, gambar adik lelaki Cha Eun-woo iaitu Lee Dong-hwi telah tular di media sosial, kerana wajah tampan yang tidak jauh seperti abangnya.

Kali ini, dia sekali lagi menjadi perhatian selepas ada yang mendedahkan bahawa adiknya itu merupakan pelajar di Universiti Fudan di China.

Untuk pengetahuan, Universiti Fudan merupakan Universiti Top 9 di China, membuatkan netizen kagum dengan kebijaksanaannya.

image is not available

Tambahan pula, universiti itu sangat selektif dalam memilih pelajar yang layak masuk ke situ, dengan kurang dari 0.2% peratus pemohon Peperiksaan Masuk Kolej Kebangsaan diterima.

Sekadar info, adik lelaki Cha Eun-woo dilahirkan pada tahun 1999 bermakna, dia akan mencecah usia 25 tahun pada 2024 ini.

handsome

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.