
SANDAKAN: Seorang pemuda tempatan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan perbuatan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang tidak dikenalinya pada bulan lepas.
Tertuduh, 18, mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Zaini Fishir @ Fisal selepas pertuduhan dibawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan dibaca dihadapan lelaki tersebut di mahkamah itu pada Isnin.
AdvertisementDia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 22 November tahun ini antara jam 5-6 petang di kawasan semak di belakang bangunan terbiar dekat sebuah taman perumahan disini.
Zaini menetapkan 3 Januari tahun depan sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Manakala Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Al-Hakim Abdul Razak, memohon tiada ikat jamin dibenarkan sementara menunggu perbicaraan itu dan mahkamah membenarkan permohonan itu.

