Lelaki Sanggup Langgar Kereta Bekas Tunang Banyak Kali Sebab Pertunangan Terputus

Entertainment
17 Jul 2022 • 12:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hanya kerana pertunangan yang terputus, seorang lelaki di Sandakan, Sabah sanggup langgar kereta bekas tunang yang diparkir ditepi jalan berkali-kali.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihak polis berjaya mengesan suspek dalam rakaman video yang tular di media sosial. Daam video berdurasi 30 saat itu, sebuah kenderaan yang dipercayai dipandu suspek dengan sengaja melanggar kenderaan lain.

Sumber: Facebook Jenayah Sandakan

Mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan hasil siasatan mendapati suspek lelaki yang juga bekas tunang mangsa dengan sengaja telah melanggar Perodua Myvi di tepi jalan. Walau bagaimanapun, mangsa tiada dalam kenderaan ketika kejadian berlaku.

Polis telah berjaya menahan suspek untuk membantu siasatan. Motif kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berikutan pertunangan mereka diputuskan.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.