Dalam kesibukan harian, kadang kala satu tindakan kecil yang dilakukan dengan ikhlas mampu meninggalkan kesan yang besar.
Tindakan spontan seorang lelaki membantu seorang pelajar yang menghadapi kesukaran ke sekolah akibat tayar motosikal pancit mencuri perhatian dan menyentuh hati ramai netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengguna @andypikachuofficial, lelaki tersebut terserempak dengan seorang remaja yang sedang membelek tayar motosikalnya di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Lelaki itu kemudiannya segera berhenti untuk bertanya keadaan pelajar tersebut dan memeriksa tayar motosikal yang pada awalnya kelihatan baik, namun berkemungkinan mengalami kebocoran. Dia kemudian pulang seketika ke rumah untuk mengambil pam angin dan kembali semula bagi mencuba membantu.
Namun, usaha mengepam tayar tidak berhasil apabila angin langsung tidak dapat dipam masuk, berkemungkinan besar disebabkan tiub tayar yang koyak atau bocor teruk.
#amaljariyah #prihatin #ambiltahu #humankind #humanity #helpeachother
Melihat keadaan yang mendesak dan pelajar tersebut sudah lewat untuk ke sekolah, lelaki itu mengambil keputusan untuk menghantar pelajar berkenaan pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum menghantarnya ke sekolah.
“Saya call kawan tempat kerja, maklumkan masuk lewat sikit. Saya ikut belakang motor adik ni sampai rumah, takut jadi apa-apa. Lepas tu saya hantar dia ke sekolah pula,” tambahnya.
Pelajar itu dikatakan bersekolah di sebuah sekolah di Temerloh dan masih sempat tiba sebelum pintu pagar sekolah ditutup. Meskipun sudah terlewat, pelajar itu tetap menunjukkan semangat untuk hadir ke sekolah, sesuatu yang amat dihargai oleh lelaki tersebut.
“Belajar rajin-rajin dik, semoga berjaya dan jadi kebanggaan ibu ayah satu hari nanti,” tulisnya dalam video tersebut yang kini menerima ribuan tontonan dan komen positif dari warga maya.
Tindakan kecil namun besar maknanya ini menjadi bukti bahawa kebaikan masih subur dalam masyarakat. Satu perbuatan ikhlas boleh memberi kesan besar kepada seseorang terutamanya kepada individu yang sedang berdepan kesukaran dalam menjalani rutin harian.
The post Lelaki sanggup masuk kerja lewat demi bantu pelajar yang terkandas akibat tayar pancit appeared first on The Reporter.




