Lelaki Sanggup Turunkan Berat Badan Hingga 10KG Lepas Isteri Janji Nak Hadiahkan PS5

Entertainment
29 Oct 2022 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seorang lelaki di Thailand telah mencuri tumpuan apabila isterinya berjanji akan menghadiahkan alat permainan konsol PS5 jika dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Lelaki yang dikenali Prab Laoharojanaphan itu telah berkongsi perkara itu menerusi Facebook baru-baru ini.

When your wife said "lose 10kg and I will buy you a PS5."4 months later…Me:#10kgweightloss——My strategy for…

Posted by Prab Laoharojanaphan on Tuesday, October 18, 2022

 

Dalam perkongsian tersebut, Prab mengatakan isterinya mencabar dirinya untuk menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram jika mahu mendapatkan hadiah PS5.

Difahamkan, lelaki tersebut akhirnya berjaya menurunkan berat badannya selepas empat bulan.

Dia turut berkongsikan tips yang diamalkannya untuk turunkan berat badan dalam tempoh yang singkat berkenaan.

Antaranya ialah dia mengamalkan Intermittent Fasting dan turut bersenam.

Dalam masa yang sama, dia turut mengalamalkan diet Keto.

Boleh dilihat perbezaan sebelum dan selepas lelaki ini mengamalkan gaya hidup sihat untuk kuruskan badan sebab gambar sebelum dia kelihatan agak chubby pada bahagian pipi manakala gambar selepas pula menunjukkan yang dia telah berjaya kurus.

Lain macam betul motivasi nak kurus lelaki ni kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.