Lelaki Sarawak didakwa tipu urusan sewa premis bernilai RM31,050

LocalBusiness & Finance
11 Jul 2026 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki Sarawak didakwa tipu urusan sewa premis bernilai RM31,050

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dari Sarawak meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan urusan penyewaan premis bagi perniagaan Go-Kart bernilai RM31,050.

Tertuduh, Racha Willie, 27, dari Lawas, Sarawak, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Racha didakwa memperdayakan Ng Chin Wei dengan mendorong mangsa mempercayai bahawa dia boleh membantu mendapatkan sebuah premis di KK Sentral untuk menjalankan perniagaan Go-Kart.

Perbuatan tidak jujur itu didakwa menyebabkan Ng menyerahkan wang sebanyak RM31,050 kepada Racha bagi menguruskan perkara berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu antara 27 Julai hingga 16 Oktober 2025.

Racha didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos depan untuk sebutan kes.

Rancha dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 serta dua penjamin tempatan. Dia turut diperintahkan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah turut memerintahkannya menyerahkan pasport antarabangsanya, jika ada, sehingga kes selesai serta memberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim melakukan pendakwaan manakala peguam Bartholomew Jingulam mewakili Racha.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved