PGA Tahan Lelaki, Rampas 700 Kg Durian Disyaki Dibawa Tanpa Dokumen Sah

11 Jul 2026 • 8:05 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: PGA Tahan Lelaki, Rampas 700 Kg Durian Disyaki Dibawa Tanpa Dokumen Sah

KOTA BHARU, 11 Julai (Bernama) — Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 700 kilogram (kg) durian bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda bernilai keseluruhan RM53,500 dalam Ops Taring Wawasan Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas, Khamis lepas.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata lelaki tempatan berusia 22 tahun itu ditahan di Pengkalan Haram Abe Li Posmen pada 7.15 malam selepas anggota Strike Force Kompeni B, Batalion 9 PGA Kuala Terengganu yang menjalankan rondaan mengesan sebuah Mitsubishi Triton dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan 700 kg durian di bahagian tempat duduk penumpang belakang dan ruang muatan kenderaan berkenaan.

“Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berkaitan buah durian dibawa. Suspek kemudian ditahan manakala kenderaan bersama muatan durian dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Radzi berkata berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa hanya ditugaskan oleh majikannya untuk mengambil durian di lokasi berkenaan sebelum menghantarnya ke sebuah premis jualan di Pasir Puteh.

“Suspek turut memaklumkan dia bekerja secara sambilan dengan menerima upah harian antara RM60 hingga RM70 bergantung kepada hasil jualan.

‘Rampasan membabitkan sebuah Mitsubishi Triton dianggarkan bernilai RM50,000 dan 700 kg durian bernilai RM3,500,’ katanya.Ahmad Radzi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut.-

– BERNAMA

The post PGA Tahan Lelaki, Rampas 700 Kg Durian Disyaki Dibawa Tanpa Dokumen Sah appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved