
Menara Berkembar Petronas menjadi tumpuan
Lelaki Sarawak Pertama Kali Datang KL Buat Ramai Terbahak. Malaysia mempunyai beberapa perkara yang memang orang luar pun tahu ‘only made in‘ Malaysia. Sebut sahaja nama Malaysia, pasti orang tahu menara berkembar tertinggi di dunia dikenali sebagai Menara Berkembar Petronas yang menarik perhatian ramai pelancong, malah penduduk Malaysia pun suka!
Baru-baru ini, satu hantaran video di akaun Tiktok @ijadd menjadi tular apabila seorang lelaki berasal dari Sarawak buat pertama kalinya melawat Kuala Lumpur dengan teruja.
Kawan sapa tok? nang berolah nya atang sitok eh orang tengah record video kau rem” @ipannnnOri
Dipercayai lelaki tersebut merakam video di hadapan Menara Berkembar Petronas dengan telatah yang lawak. Manakala, dua rakannya turut kelihatan di dalam video tersebut.

“Pertama kali aku datang ni, macam ini rupanya,” ujarnya sambil merakam video di depan Menara Berkembar Petronas.
“Aku di KL (Kuala Lumpur) ni,” tambahnya dengan keterujaannya yang membuat netizen berdekah.
Pelbagai reaksi dari netizen
Dibahagian komen pula, rata-rata netizen geli hati dengan tingkah laku yang ditunjukkan di dalam video itu. Malah di ruangan komen, ada yang mengakui membuat pesanan yang salah semasa dia berada di semenanjung kerana individu tersebut menganggap dia berada di Sarawak.
Pesanan yang dibuat daripada individu berkenaan ialah ‘Mee Kolok’ dan ‘Mee Jawa’ di sebuah kedai makan di Terengganu.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mempersoalkan dua orang rakannya berasal dari mana, sama ada datang bersamanya atau bermastautin di Kuala Lumpur.


