
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 25 tahun didenda RM1,500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyerang seorang lelaki, tahun lepas.
Mohd Anwar Jori mengaku bersalah menyebabkan kecederaan secara sengaja terhadap Muhd Azlan Shah Marsih, 35, pada 11 Sept 2024, jam 6 petang, di sebuah rumah di Taman Jumbo, Putatan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Fakta kes, yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, menyatakan pengadu ditumbuk oleh Anwar kerana gagal membayar balik hutang.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Pengadu mengalami kecederaan leher dan sakit kepala akibat serangan itu.
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 33 tahun didakwa mengugut untuk mencederakan seorang lelaki, dua tahun lalu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Nelson Nicolas mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu dengan menghantar pesanan teks WhatApps kepada Petrus Ekuh pada 16 Julai 2023, jam 6.58 petang, di Kg Bokok Kituau, Penampang.
Nelson didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah menetapkan 6 Mac untuk sebutan semula dan melepaskan tertuduh dengan jaminan RM1,600 dan dua penjamin.



