Lelaki Selamba Cakap Bahasa Melayu Dengan Orang Itali Minta Tunjuk Arah [Video]

LocalTravel
1 Dec 2025 • 12:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Tak dinafikan melancong atau melawat ke luar negara merupakan aktiviti yang menarik. Ini kerana kita dapat mempelajari budaya, kehidupan masyarakat di tempat berkenaan serta banyak lagi.

Namun setiap negara pastinya mempunyai bahasa komunikasi yang tersendiri sebagai contoh Malaysia menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Tamil, Bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Manakala jika melancong ke China, Perancis, Itali dan sebagainya semuanya ada bahasa tersendiri yang digunakan.

Meskipun mempunyai sedikit kesukaran untuk berkomunikasi apabila melawat ke tempat ini jika tidak pandai bertutur bahasa ibunda mereka namun kita akan sentiasa mencuba untuk memahaminya dengan pelbagai cara.

Lelaki selamba cakap Bahasa Melayu dengan lelaki Itali

Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi perhatian orang ramai apabila dia dilihat bercakap dengan seorang lelaki Itali menggunakan Bahasa Melayu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shahidan Nordin di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang berjalan ke stesen Garibaldi di Itali.

Namun sewaktu menghampiri tangga untuk turun ke stesen berkenaan dia mengambil keputusan bertanya kepada seorang lelaki yang berada di sebuah eskalator.

Tanya macam mana nak pergi Via Toledo dengan menaiki metro

Apa yang menjadi perhatian, Shahidan dilihat bertanya menggunakan Bahasa Melayu bagaimanakah caranya jika dia ingin ke Via Toledo.

“Mat (awak) nak pergi Via Toledo lah?” soalnya.

Lelaki itu kemudian membalas dengan bertanya adakah dia ingin ke sana menggunakan metro bawah tanah menggunakan Bahasa Itali.

Shahidan lalu memaklumkan, benar dia ingin menggunakan kenderaan awam tersebut untuk ke Via Toledo.

Lelaki terangkan cara nak pergi Via Toledo dalam bahasa Itali

Sebaik mendengar jawapan itu, lelaki berkenaan kemudian menerangkan kepada Shahidan cara untuk ke Via Toledo sebelum Shahidan bertanya adakah dia perlu menggunakan laluan satu?

Lelaki itu mengatakan tidak perlu, kerana dia tetap akan ke arah yang sama. Perbualan mereka itu adalah menggunakan Bahasa ibunda masing-masing namun mereka dilihat memahaminya sesama sendiri.

Selepas memahami apa yang diterangkan, mereka kemudian saling mengucapkan selamat tinggal dan kelihatan lelaki itu tersenyum melihat Shahidan.

“Maka benarlah suatu masa dahulu Bahasa Melayu digelar Lingua Franca. Cakap dengan orang mana pun dia orang boleh faham. Maka berbanggalah dengan bahasa kita.

“Nasib baiklah kena (betul) apa aku cakap dengan apa dia balas,” katanya di ruang kapsyen.

@shahidannordin

Maka benarlah suatu masa dahulu Bahasa Melayu digelar lingua franca. Cakap ngan org mana pon diorang boleh faham. Maka berbanggalah dengan bahasa kita. Nasib baiklah kena apa aku ckp dengan apa dia reply image is not available

♬ original sound – Shahidan Nordin – Shahidan Nordin

Ramai teruja kerana kedua-duanya memahami apa yang disampaikan walau guna bahasa tersendiri

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja apabila melihat mereka saling memahami meskipun keduanya bercakap dalam bahasa yang berlainan.

Malah ada yang mengatakan jika di Perancis, penduduk mereka lebih gemar jika pelancong bercakap bahasa sendiri berbanding menggunakan bahasa Inggeris.

Shahidan bagaimanapun mengatakan lelaki itu mungkin memahami kerana mendengar dia menyebut nama stesen Via Toledo dan selebihnya adalah bahasa badan.

Katanya untuk ke stesen berkenaan terdapat dua jalan, dan selebihnya perbualan mereka itu diterjemahkan secara sendiri.

Ada juga mengatakan cara Shahidan itu sama seperti seorang TikToker Fakhrul Aizat yang sering bercakap Bahasa Melayu dengan penduduk di India.

@fakhrulaizat69

tak kenal maka tak cinta . #fyp #india #tiktok #fypシ゚viral #foryoupage

♬ original sound – Fakhrul Aizat – Fakhrul Aizat
@fakhrulaizat69

alang2 penyeluk pekasam image is not available #india #travel #tiktok #content #fyp #foryoupage

♬ original sound – Fakhrul Aizat – Fakhrul Aizat

Berikut adalah komen netizen:

“Fakhrul Aizat punya lingua franca dekat India tak boleh tahan, tapi yang ni versi Eropah”

image is not available

“Mungkin sebab Itali ada banyak campur bahasa juga, yang pertama pergi China pun Marco Polo”

image is not available

“Berdekah saya dengar abang sebut ‘eh Mat'”

image is not available
“Logik dia, soalan tanya ‘tempat’, uncle tu faham nama ‘tempat’ tu. Jadi secara logik tak ada warga asing tanya lokal tentang sejarah ‘tempat’ dekat kawasan kenderaan awam dekat tangga pula tu. Soalan mesti macam mana nak pergi ‘tempat’ tu.”
image is not available

“Abang Fakrul elok je cakap bahasa Malaysia dekat India, faham pula dia orang”

image is not available