Lelaki serah diri di Balai Polis Batu Gajah, mengaku bunuh isteri

20 Jun 2024 • 9:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki berusia 36 tahun bertindak menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah, Perak, petang tadi, dan mengaku telah membunuh isterinya di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah.

Lelaki tersebut datang sendiri ke balai polis berkenaan pada jam 2 petang memaklumkan telah menikam mangsa yang berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Md. Noor Aehawan Mohammad berkata, hasil siasatan, polis menemukan mayat mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dan sebilah pisau turut ditemukan di tempat kejadian.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasak walaupun telah dipujuk.

“Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hadir bersama pakar patalogi Hospital Ipoh Perak dan telah mengesahkan kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, semakan mendapati suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian, iaitu pada semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Gunaselan A/L Vijaya Kumar di talian 0123634341 untuk membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. - 20 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved