Lelaki curang pukul isteri di hotel, telah ditahan polis

21 Jun 2024 • 12:42 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki tergamak memukul isterinya, selepas kantoi curang di sebuah hotel di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3 petang kelmarin.

Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan suspek ketika hadir di Mahkamah Syariah Bangi, semalam.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada 24 Mei lalu. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan akibat dipukul oleh juruteknik terbabit.

Difahamkan mangsa baru sahaja habis berpantang dan telah datang ke hotel tersebut untuk menerjah suaminya yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek pada hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved