
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 37 tahun didenda RM2,500 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, Selasa, kerana menyerang isteri.
Johari Jikirani mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana mengakibatkan kecederaan terhadap isterinya secara sengaja pukul 5 petang pada 1 Nov, 2023 di Kampung Air.
Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama.
Seksyen 323 membawa hukuman penjara sehingga setahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 326A menyatakan sesiapa yang menyakiti pasangan atau bekas pasangan, anak, orang dewasa kurang upaya atau ahli keluarga lain dan melakukan kesalahan di bawah 323, 324, 325, 326, 334, atau 335 boleh dihukum penjara selama tempoh dua kali lebih lama berbanding tempoh maksimum apabila disabitkan atas kesalahan itu.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Al-Hakim Abdul Razak memberitahu mahkamah, berlaku pertengkaran antara Johari dan isterinya di dalam kereta apabila pinjaman yang dipohon isterinya lambat mendapat kelulusan institusi kewangan.
Ketika bertengkar, Johari menampar dan menumbuk muka dan kepala isterinya yang menyebabkan isterinya mengalami kecederaan ringan di bahagian atas kepala, hidung, bibir dan pergelangan tangan kanan, kata Al Hakim.
Peguam Michelle Osman yang mewakili Johari merayu hukuman ringan, manakala Al Hakim memohon hukuman pencegahan.
Dalam kes berasingan, dua lelaki dipenjara 10 bulan kerana memiliki dadah.
Mohd Shahrizan Musli, 37, dan Al Khazir Darius, 30, mengaku bersalah masing-masing memiliki 0.04gm dan 0.13gm syabu, pada 30 Sept dan 20 Sept, 2023, pukul 4.15 petang dan 3 petang, di lokasi berbeza di Menggatal dan Likas .
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Peguam Dilantik Lim Ming Zhoong, yang mewakili Shahrizan dan Al Khazir, merayu hukuman ringan.
Al Hakim memohon hukuman pencegahan terhadap Shahrizan dan Al Khazir.
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman itu dari tarikh mereka ditangkap.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
