Wanita dipenjara 3 bulan lindungi tahanan reman

10 Jan 2024 • 5:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 26 tahun pada Selasa dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyembunyikan teman lelakinya, seorang tahanan reman yang melarikan diri daripada tahanan polis pada Disember tahun lalu, bagi mengelakkan hukuman undang-undang.

Wann Nooraqiella Ahmadi mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali kerana menyembunyikan Nazri Hassan, 33, yang mana dia tahu bahawa Nazri telah melarikan diri daripada Lokap Berpusat Kontinjen Sabah, dengan niat untuk menghalangnya daripada menerima hukuman undang-undang.

Wann melakukan kesalahan itu antara jam 6 pagi dan 4 petang pada 17 Dis, 2023 di sebuah rumah di Kg Simpangan, Tuaran.

Pertuduhan juga menyatakan Nazri ditahan di lokap tersebut atas kesalahan yang disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membencanakan kabel, telegraf, dan sebagainya, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin memaklumkan mahkamah bahawa sehari sebelum pada 16 Dis, jam 12.05 tengah hari, Nazri, suspek yang masih dalam tahanan reman, melarikan diri ketika diiringi polis bersama dua lagi suspek untuk siasatan kes curi kabel di bawah Seksyen 431A.

Nazri memanjat dinding ke arah tingkap atas sebelah kanan menuju ke luar bangunan dan keluar dari lokap berpusat, Kepayan.

Siasatan polis mendapati Nazri melarikan diri ke rumah adiknya di Kg Simpangan, Tuaran, jam 6 pagi pada 17 Dis dengan menunggang motosikal dan meminta bantuan adiknya untuk menghubungi teman wanitanya Wann Nooraqiella dan meminta Wann menjemputnya.

Wann datang dan mengambilnya dan membawanya ke rumah sewanya di kampung sama, mahkamah diberitahu.

Kemudian pada hari sama, Wann dan Nazri pulang ke rumah adiknya menaiki kereta e-hailing tetapi Nazri turun di simpang kampung manakala Wann meneruskan perjalanan ke rumah.

Mahkamah diberitahu Wan dan adik perempuan Nazri ditahan polis pada jam 4 petang hari sama kerana menyembunyikannya walaupun mengetahui tentang maklumat polis mengenai Nazri yang melarikan diri dari lokap pusat, Kepayan.

Wann, yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan sementara pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Wann didakwa di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan yang menyatakan jika kesalahan itu boleh dihukum penjara yang boleh dilanjutkan sehingga satu tahun tetapi kurang daripada sepuluh tahun, boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai satu perempat daripada tempoh penjara paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, pada 18 Dis, 2023, Nazri ditahan semula oleh polis pukul 12.30 tengah hari di kawasan hutan di Tuaran.

Dia pada 22 Dis tahun lepas dijatuhi hukuman 11 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan gulungan kabel curi milik Syarikat Telekomunikasi di Manggatal pada 10 Dis, tahun sama.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.