Lelaki Serang Pekerja Wanita Sebab Tak Puas Hati Dengan Cara Buka ‘Screen Protector’

Entertainment
14 Dec 2023 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalunya kalau kita ada masalah yang berkaitan dengan telefon pintar mesti kita akan datang ke kedai dan minta pekerja untuk baiki, betul tak? Sebabnya, tak semua daripada kita ada kepakaran dan lebih mempercayai pekerja kedai yang lebih berpengalaman.

Namun, semalam tular di media sosial video rakaman litar tertutup (CCTV) sebuh kedai membaiki telefon yang terletak di Pagoh, Johor. Video tersebut memaparkan seorang pelanggan lelaki bertindak mengasari pekerja wanita kedai itu.

Tak puas hati cara kopek screen protector

Mendengar perbualan suara mereka berdua, difahamkan lelaki itu tidak berpuas hati dengan cara pekerja wanita itu membuka screen protector. Dia kemudiannya meninggikan suara kepada pekerja itu namun keadaan masih terkawal kerana pekerja itu melayani sahaja apa yang dipinta lelaki itu.

Menurut Kosmo!, lelaki berkenaan meminta semula telefon pintarnya dan cuba untuk membuka screen protector itu sendiri lalu pekerja itu menegur pelanggannya dengan mengatakan cara yang dilakukan itu adalah salah.

Memaki hamun, tampar pekerja kedai

Lelaki tersebut pula terus mengeluarkan kata-kata kesat sebelum dia menampar pekerja tersebut. Merasakan diri terancam, pekerja wanita itu melawan balik dengan melemparkan beberapa barang yang ada di atas meja sebelum lelaki itu beredar dari kedai berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis belum ada lagi tindakan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian terbabit.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.