Lelaki serik berpoligami, akui gagal berlaku adil & bertanggungjawab

23 Aug 2023 • 4:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran mengenai perkongsian seorang lelaki mengenai pengalaman hidupnya berpoligami sehingga bertindak mengalah dalam hidup berumah tangga bersama isteri pertama.

Hidup poligami, kedua-dua isteri perlu jadi kawan baik

Menerusi hantaran tular di Facebook, lelaki berkenaan menceritakan pengalamannya membuat keputusan untuk berkahwin seorang lagi, namun gagal mendapat kebenaran bernikah di Selangor disebabkan isteri pertama bermukin di negeri terbabit.

Sehinggalah timbul idea dengan membuat daftar nikah menggunakan alamat sahabatnya di Kuala Lumpur dan Peguam Zulkifli Yong yang menguruskan permohonan Pendaftaran Kebenaran Nikah Poligami.

Berbalik kepada isteri pertama, individu berkenaan berkata, kegagalannya bermula apabila tidak mampu mempertahankan fasakh yang dibuat oleh wanita itu, selain menyatakan isteri pertama dan madu wajib menjadi kawan baik.

“Jika naga bertemu naga, akhirnya kita lelaki yang jadi manusia yang akan dipersalahkan kerana tidak mampu bertanggungjawab dan adil apabila berpoligami,”tulisnya.

image is not available

image is not available

Banyak musibah menimpa, mungkin kerana kifarah tak berlaku adil

Katanya lagi, disebabkan tidak berlaku adil dalam poligami, dirinya kini ditimpa musibah dan bala, namun menanggap semuanya adalah kifarah dan balasan Allah S.W.T akibat tidak berlaku adil terhadap kedua-dua isteri temasuk keenam-enam anak hasil perkahwinan.

Jelasnya lagi, seseorang lelaki perlu sedar mengenai tanggungjawab dan beban yang ditanggung sekiranya hidup berpoligami kerana ia melibatkan hubungan kekeluargaan dan emosi anak-anak yang sedang membesar.

image is not available

image is not available

Poligami telah membunuh sifat penyayang terhadap wanita

Akui Ahmad Helmie, poligami sebenarnya pembunuh kualiti masa bersama anak-anak dan kedua-dua isteri termasuk emosi dan jiwa raga.

Dia yang kini hidup bahagia dengan seorang isteri berkata, dirinya mahu memberi sepenuh kasih sayang bagi memastikan kehidupan kesemua anaknya dapat dipenuhi.

image is not available image is not availableApa-apa pun, semuanya berbalik kepada kemampuan masing-masing sama ada mampu berlaku adil sekiranya hidup berpoligami atau pun tidak.

Sebelum membuat keputusan, pastikan para suami memikirkan kesan dan akibat yang bakal diterima termasuk emosi seorang wanita dan anak-anak (jika ada).