Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap anak-anak yang sedang membesar perlu dihantar ke sekolah untuk perkembangan diri mereka dan masa depan.
Namun sekolah bukanlah sekadar tempat untuk mempelajari akademik sahaja sebaliknya ia juga tempat mereka mengasah kemahiran dan bakat yang perlu dicungkil. Maka pelbagai program diadakan oleh sekolah mempunyai objektif dan matlamat tersendiri.
Lelaki sifatkan minggu keusahawanan di sekolah sebagai merepek
Baru-baru ini seorang lelaki di Threads meluah rasa kurang senang apabila sekolah menganjurkan program seperti minggu keusahawanan yang dirasakan merepek.
Malah dalam hantaran tersebut lelaki itu mengatakan dia menghantar anak ke sekolah untuk belajar dan bukan untuk bermain.
Hantar anak untuk belajar bukan main fun fair
“Aku hantar anak ke sekolah untuk belajar. Bukan pergi main fun fair. Merepek-repek dah sekolah sekarang ni.
“Kononnya minggu keusahawanan, lepas tu suruh murid-murid minta duit dekat mak ayah sebab banyak permainan berbayar dalam program itu.
“Minggu keusahawanan atau minggu keuntungan?” soalnya.

Ramai minta pandang dari sudut positif, pelajar dapat asah kemahiran berniaga, bersosial dan banyak lagi
Hantaran lelaki itu kemudiannya mendapat perhatian apabila ramai yang memintanya untuk memandang program minggu keusahawanan itu dari sudut yang positif kepada pelajar dan juga sekolah.
Penceramah bebas dan pengacara, Amin Idris turut memberikan komentar dengan mengatakan pelajaran atau ilmu datang dalam pelbagai cara.
Selain belajar di dalam kelas, mereka juga belajar menerusi program dan aktiviti yang dijalankan oleh sekolah dan ia dinamakan ‘experiental learning’.
Jelasnya aktiviti memohon sumbangan duit daripada ibu bapa itu sebagai sokongan dan mereka boleh bayar mengikut kemampuan. Beliau turut berpendapat duit yang dikumpul daripada program itu kemudiannya digunakan untuk aktiviti sekolah dan sebagainya.
Malah ada juga yang mengatakan minggu keusahawanan adalah sama seperti hari kantin yang sering diadakan oleh sekolah pada zaman dahulu.
Program minggu usahawan disukai oleh para pelajar, bermain sambil belajar
Ada juga berpendapat ia bukan satu program yang merepek sebaliknya disukai oleh murid-murid kerana mereka dapat belajar cara berniaga dan memahami selok-belok perniagaan sambil dipantau oleh guru.
Manakala wang berkenaan kemudian dimasukkan ke kelab masing-masing. Perkara ini secara tidak langsung mendidik pelajar kemahiran berniaga dan ekonomi.
Selain itu ada yang menyifatkan mereka kasihan dengan guru-guru yang terpaksa berdepan dengan ibu bapa yang mempunyai mentaliti sedemikian.
“Tam mampu jangan datang. Duit kutipan tu untuk sekolah, pembangunan sekolah, baik pulih sekolah. Bukan untuk bagi sama rata dekat cikgu-cikgu”

“Sekolah bukan je tempat belajar, tapi tempat belajar kemahiran sosial, pendedahan aktiviti keusahawanan”

“Lain kali pergi mesyuarat PIBG. Kau bentang apa sahaja yang kau rasa tak puas hati, tak patut dibuat. Bukan sibuk buat post dekat threads”

“Cutikan jelah anak tu senang. Semua benda nak complain tak penat ke?”

“Sekolah anak saya pun anjurkan hari usahawan, selain buka gerai dapat sponsor dan juga dapat kumpul derma dari ibu bapa dan pihak-pihak lain. Hasilnya sekolah dapat lengkapkan makmal ICT, makmal robotik, setiap kelas dapat pasang smart board. Dapat pasang CCTV. Siapa untung? Anak-anak juga”



