MCMC minta berhenti sebar video sekolah di Kuching

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 7:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MCMC minta berhenti sebar video sekolah di Kuching

KUALA LUMPUR: Orang ramai termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan rakaman video insiden melibatkan senjata berbahaya di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, penyebaran rakaman yang memaparkan unsur keganasan, khususnya melibatkan kanak-kanak, boleh menjejaskan privasi, maruah dan kesejahteraan emosi pihak terlibat serta keluarga mereka.

Menurut suruhanjaya itu, tindakan mendedahkan identiti kanak-kanak boleh melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) .

“Penyebaran kandungan sedemikian juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), sekiranya melanggar peruntukan undang-undang berkenaan.

“MCMC sedang bekerjasama dengan penyedia platform media sosial untuk menangani penyebaran rakaman berkenaan, termasuk mengambil langkah menurunkan kandungan berkaitan,” katanya di dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, MCMC meminys individu yang sudah memuat naik atau berkongsi rakaman tersebut hendaklah segera memadamkannya.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi melindungi privasi kanak-kanak dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa,” katanya. – UTUSAN

The post MCMC minta berhenti sebar video sekolah di Kuching appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved