
Lelaki Singapura Terkejut, Tak Sangka Boleh Bayar Guna RM Di Vietnam
Pengalaman melancong di tempat orang sememangnya sangat mengujakan kerana setiap negara mempunyai keunikan yang tersendiri.
Hal ini termasuk dari segi sektor perniagaan yang menyaksikan peniaga tempatan menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelancong.
Manakan tidak, ada sesetengah lokasi pelancongan popular dilihat semakin 'mesra' dengan rakyat Malaysia.
Malah, mereka juga menerima pembayaran menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM).
Tak sangka boleh bayar guna RM
Situasi ini telah dikongsikan oleh seorang rakyat Singapura yang baru-baru ini telah melancong ke Vietnam.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Boblet Lee Pichay mengakui terkejut apabila melihat kebanyakan kedai di bandar Ho Chi Minh yang menerima bayaran dalam RM.
"Sekarang ini saya berada di bandar Ho Chi Minh dan saya terkejut sebab kedai di kawasan hotel saya boleh guna Ringgit untuk bayar," katanya.

Dia juga tidak sangka ada peniaga di sana yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
"Saya ada beli ban mi, penjaja tepi jalan itu bercakap dengan saya dalam bahasa Melayu.
"Saya terkejut, sekarang ini saya berada di Vietnam atau bukan?," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengaitkan situasi itu dengan kekuatan nilai ringgit pada ketika ini.
Namun, ramai juga yang mendedahkan bahawa peniaga di sana terutama di Malaysia Street sememangnya sudah lama menerima bayaran dalam RM.
Baca juga:
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ringgit Makin Kukuh, Pemuda Indonesia Jujur "Khawatir" Tentang Perkara Ini
"Dah lama pun, saya pergi 2013 pun dah boleh guna," kata seorang netizen.
"Malaysian street kan.. memang tempat ni tempat borong kain-kain.. akak-akak dan makcik-makcik selalu borong kain dan buat baju kurung kat sini. Tu yang beli guna ringgit tu.. kat area lain belum tentu lagi guna ringgit," kata seorang lagi.


