Lelaki ‘stalk’ jurufoto wanita jadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap

10 Aug 2023 • 9:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki bakal menjadi individu pertama yang akan didakwa di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap.

Menurut laporan The Star, lelaki berusia 37 tahun itu pernah didakwa sebelum ini kerana menghendap dan mengekori seorang jurufoto wanita sehingga ke United Kingdom (UK).

 

image is not available

Menghantar gambar tidak senonoh

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga pernah melakukan gangguan seksual terhadap wanita tersebut dengan menghantar gambar tidak senonoh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata penghendap itu bakal didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang baru dipinda.

“Dia akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam dalam esok (hari ini) untuk berdepan dengan pertuduhan,” katanya berdasarkan laporan berkenaan.

image is not available

Kongsi pengalaman pahit

Mangsa sebelum ini pernah berkongsikan pengalaman pahitnya mengenai siri gangguan dirinya diekori dan diganggu selain pesanan berbaur lucah oleh seorang lelaki selama lapan tahun melalui hantaran di Twitter.

Dia juga berkongsi pihak polis di UK ingin mendakwa lelaki tersebut dengan amang seksual dan mengintai namun suspek bertindak pulang ke Malaysia sekali gus gagal hadir ke mahkamah.

image is not available

Di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, menghendap didefinisikan sebagai tindakan gangguan berulang yang bertujuan atau mungkin menyebabkan kesusahan, kecemasan atau ketakutan kepada seseorang mengenai keselamatannya dan boleh disabitkan kesalahan.

Sumber: The Star (Austin Camoens)