
Keluhan seorang lelaki baru-baru ini telah mendapat perhatian sekaligus mendatangkan kecaman terhadap dirinya selepas dia membuat ulasan di Google.
Menerusi tangkap layar yang tular itu, lelaki bernama Robert tersebut telah membuat ‘review’ berkenaan sebuah pusat beli belah yang sering dikunjunginya kini telah menukar nama.
Apa yang membuatkan ramai menghentamnya adalah kerana Robert menulis bahawa dia berharap agar pusat beli belah kegemarannya di Mont Kiara itu tidak dikunjungi oleh golongan B40.
“Kecewa lihat pusat beli belah kegemaran saya dah ditukar nama. Nama sebelum ni dah kedengaran cukup mewah. Harap sangat kumpulan B40 tidak menjadi pelanggan tetap di sini. Saya dah mula nampak banyak kereta Proton dan Perodua sejak akhir-akhir ini”, tulisnya.

Ramai netizen menulis komen tidak puas hati dan mengkritik lelaki tersebut malah ada yang berkata kenyataan Robert seolah-lah merendahkan golongan elitis dan tidak sensitif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Makanan Pun Nak Buat Kasta Ke? Terpaling T20" - Individu Dikecam Ejek B40 Pasal Cara Masak Char Koay Teow
The post Lelaki T20 Ini Teruk Dikecam, Tak Mahu ‘Mall’ Kegemaran Dipenuhi Golongan B40 – “Dah Mula Nampak Banyak Proton & Perodua Lately…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

