Netizen Komen Laksa Tak Sedap, Pempengaruh Buat Laporan Polis

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 10:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini seorang pempengaruh yang terkenal di aplikasi TikTok telah membuat laporan polis kerana menerima komen negatif daripada segelintir netizen mengatakan laksa yang dijualnya itu kurang enak.

Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif telah membuat laporan polis pada jam 5.40 pagi di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Tujuan laporan dibuat pengadu itu adalah bagi menafikan tohmahan dan tuduhan ke atas beliau dan perniagaannya. Pengadu juga tidak puas hati dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

Ia juga bagi membersihkan kembali nama pengadu dan nama perniagaannya dari tohmahan terutama dalam media sosial.

Sementara itu, Syed menjelaskan dalam satu hantaran video di Facebooknya mengatakan tujuan dia membuat laporan tersebut adalah untuk membersihkan namanya.

Kami minta maaf dan ampun kepada seluruh warga Langkawi sebab kehadiran kami. Kepada semua yang posting video dan sebut nama kami yang tidak tahu cerita apa, kami berbesar hati sebenarnya jika mahu berjumpa untuk tahu apa yang jadi.

Syed juga berharap agar perkara ini tidak dibesarkan lagi dan dia berterima kasih kepada warga Langkawi kerana memberi mereka peluang untuk berniaga di situ.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian