Lelaki Tangg*l Seluar Dalam Masjid Rupanya Pemegang Kad OKU, Direman Polis 4 Hari

LocalPolitics
6 Mar 2026 • 2:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang lelaki tempatan yang berusia 20 tahun yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat telah berjaya diberkas polis pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supertintendan Mohd Jumanzanzahir Chek Ismail berkata, suspek telah ditahan pada jam 3.15 pagi di Taman Air Biru, Pasir Gudang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Artikel berkaitan: “Weh apa benda ni?” – Kantoi Ganggu Jemaah Wanita Di Masjid, Lelaki Separa B*gel Diburu Polis

“Siasatan awal mendapati lelaki itu bukan penduduk daerah Segamat dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.”

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif.”

image is not available

Jelas beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek kini direman selama 4 hari sehingga 9 Mac nanti untuk membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya unutk tindakan lanjut.

“Polis memandang serius sebarang perlakuan tidak senonoh terutama di tempat ibadah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.”

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.