
TAWAU: Seorang lelaki yang disyaki melakukan amang seksual apabila menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis bawah umur, ditangkap.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek berumur 30 tahun itu diberkas di kawasan Merotai susulan laporan polis yang diterima daripada mangsa.
“Suspek ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai selepas melaksanakan gerakan untuk mengesan keberadaan lelaki terbabit,” katanya di sini, pada Khamis.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jasmin berkata pemeriksaan tubuh mendapati suspek tidak menyimpan barang salah manakala kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya pula disita untuk siasatan lanjut.
Menurutnya siasatan awal menunjukkan mangsa dihampiri oleh suspek semasa pelajar berumur 15 tahun itu dalam perjalanan pulang dari sekolah.
“Suspek yang menaiki kenderaan dikatakan singgah untuk bertanya arah haluan sebelum berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa,” katanya.
Beliau berkata mangsa yang terkejut dengan keadaan itu melarikan diri ke kawasan rumah berhampiran sebelum mengadu di balai polis kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
Siasatan terhadap suspek dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).



