
Seorang lelaki tempatan bertekad untuk mengembara dari Bidor, Perak untuk ke Mekah. Lelaki yang dikenali sebagai Herry Nizam ada kongsikan hajatnya itu menerusi akaun TikTok miliknya pada awal minggu ini.
Menurut sumber, Herry dikatakan akan merantau sejauh 10,160 KM dan mengambil masa selama 84 hari dan 10 jam.
Herry akan merakamkan perjalanannya di TikTok, difahamkan, kini Herry sudah tiba di Sadao, Thailand dan akan melanjutkan pengembaraannya lagi.

Terkini, Herry dikatakan ingin memulakan perjalanannya ke Myanmar selepas subuh esok. Tindakan Herry telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan ada juga yang bimbang kerana bagi mereka ia agak merbahaya.

Apapun, doa yang baik-baik sahaja, semoga segala urusan Herry dipermudahkan dan selamat sampai.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


