Lelaki Tempatan Ditemukan Rentung Selepas Rumah Flat Terbakar Di Damansara Damai

21 May 2024 • 11:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan dijumpai dalam keadaan rentung selepas berlakunya kebakaran di sebuah unit rumah flat di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira jam 8 malam tadi.

image is not available

Foto: Bernama

Menerusi satu laporan Bernama, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran yang melibatkan kediaman mangsa pada 8.58 malam semalam.

“Lima jentera bomba dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan Damansara, digerakkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.30 malam.

image is not available

Foto: X @update11111

“Mangsa merupakan seorang lelaki ditemukan rentung di atas katil di dalam sebuah bilik,” katanya.

Beliau juga melaporkan bahawa mangsa berkenaan berusia dalam lingkungan 40-an.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved