Cemburu Berhias Keluar Rumah, Lelaki Mengaku Bersalah Cederakan Bekas Isteri

21 May 2024 • 3:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki yang berasa cemburu melihat bekas isterinya berhias diri ketika keluar rumah mengaku bersalah di atas dakwaan mencederakan wanita tersebut pada 15 Mei lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, tertuduh, Mohamad Nazri Zainal membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terbabit sekali gus dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 oleh Majistret Teoh Shu Yee, hari ini.

image is not available

Foto: Kosmo! Online

Difahamkan, suspek berusia 28 tahun itu telah menumbuk pipi bekas isterinya iaitu Nur Izati Mohd Fadzir di Kondo Beverly Hills A Famosa Resort, Simpang Empat daerah Alor Gajah pada sekitar jam 8.21 malam.

Suspek dipercayai telah menumpang tinggal di rumah mangsa bermula 31 Mac lalu walaupun mereka telah berpisah sejak dua tahun lalu atas sebab ihsan Nur Izati memandangkan lelaki berkenaan tidak bekerja.

Walau bagaimanapun, Nazri telah bertindak di luar kawalan apabila berasa cemburu melihat wanita itu berpakaian cantik semasa hendak keluar rumah.

image is not available

Foto: Foursquare.com

Susulan itu, hukuman yang setimpal telah dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa.

Selain denda sebanyak RM1,500, tertuduh juga bakal dipenjara selama dua bulan sekiranya dia gagal menjelaskan hukuman yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Shahizam Tazali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved