Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan

26 Feb 2024 • 7:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan untuk mendapatkan projek tidak wujud di Beluran, lima tahun lepas.

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 60an itu telah meminta dan menerima rasuah itu kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek membaiki sebuah sekolah yang bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Suspek yang berkerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah di sini pada 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, esok,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved