Pemilik perniagaan barangan lusuh ditahan SPRM kerana rasuah penguat kuasa

19 Feb 2024 • 10:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat telah menahan seorang pemilik perniagaan barangan lusuh kerana kesalahan memberi rasuah kepada penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan lelaki tersebut telah memberikan wang rasuah sebanyak RM8,000 kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan selanjutnya kerana menjalankan aktiviti mengumpul barangan lusuh tanpa permit.

Terdahulu, premis perniagaan individu itu telah diberikan Notis Menghendaki Kacauganggu Dihapuskan (No. 00575) Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. - Bernama