Lelaki terjatuh dari Jeti Tanjung Manis ditemukan lemas

3 May 2025 • 12:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemui orang awam pada pagi Sabtu.

MUKAH - Seorang lelaki yang dilaporkan jatuh dari Jeti Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Manis di sini pada Jumaat ditemukan lemas pagi Sabtu kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat, Tan San Belati, 40, dari Rumah Lambai, Sungai Mapai, Kanowit, ditemui sekitar jam 8.20 pagi oleh orang awam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis diketuai oleh PBK II (TBK I), Salahudin Mohd Dawood digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pada jam 7.50 pagi.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut pada jam 8.50 pagi dan operasi mencari serta menyelamat ditamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi berkenaan melibatkan lima anggota bomba bersama sebuah bot penyelamat serta kerjasama pelbagai agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Sarawak Coast Guard dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Jumaat, mangsa dipercayai tergelincir ketika menuruni jeti untuk menuju ke sebuah kapal pukat tunda.

Menurut saksi, Tan San Belati yang ketika itu memakai seluar jeans pendek dan baju berkolar biru tidak sempat diselamatkan meskipun rakan sekerja cuba membantu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved