
KOTA MARUDU: Seorang lelaki yang terkandas tanpa pakaian dan makanan di Pulau Batu Laya-Laya, Perairan Teringai Laut selama tiga hari dua malam berjaya diselamatkan pada Jumaat.
Mangsa yang juga nelayan itu dikenali sebagai Jaikon Majumban, 52, dipercayai hanyut semasa banjir besar berlaku di daerah ini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, operasi menyelamat mangsa dibantu oleh penduduk kampung menggunakan bot penduduk memandangkan bot pihak penyelamat tidak dapat mendekati pulau tersebut.

