Lelaki Terkejut Dicaj RM30 Untuk Ikan Bakar, Air & Nasi, Harga Jadi RM20 Lepas Kira Semula [Video]

LocalFood
25 Jun 2025 • 3:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui keadaan ekonomi semakin mencabar, tak dinafikan ramai rakyat yang terjejas dengan kenaikan harga barang dan banyak lagi.

Perkara ini turut dirasai oleh mereka yang berniaga namun ia juga bukanlah tiket untuk kedai makan mengenakan cas yang tidak berpatutan kepada pelanggan kerana mahu mendapatkan keuntungan.

Oleh itu, setiap harga makanan perlulah mengikut standard seperti saiz, kuantiti yang diambil dan sebagainya.

Lelaki keliru dikenakan caj yang mahal ketika makan di kedai makan di Melaka

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pelanggan di sebuah kedai makan di Melaka telah berkongsi kekeliruannya apabila dikenakan caj yang mahal untuk makanan berlauk yang diambilnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Naufal Antezem di TikTok, kelihatan dia telah mengambil lauk ikan kembong bakar, nasi putih, teh o ais dan juga ais kosong sewaktu makan di kedai berkenaan.

“Saiz (ikan) pun macam nilah, lebih kurang sejengkal macam tulah lebih sikit,” katanya sambil menunjukkan saiz ikan itu.

Dia kemudian meminta orang ramai untuk meneka berapakah caj dikenakan untuk makanan tersebut.

Dikenakan RM30 untuk harga ikan kembong bakar, nasi dan air

Naufal kemudiannya mengatakan jumlah untuk kesemua makanan itu adalah RM30.

“Bagi aku suka hati kedai lah kan nak letak harga berapa, cuma aku rasa mahal jugalah untuk ikan kembong saiz macam tu. Aku pun pergi bayar dan kebetulan yang jaga kaunter adalah orang yang ambilkan ikan untuk aku.

“Aku tanyalah ‘bang memang macam ni ke harga RM30?'” soalnya.

Sebaik menyedari perkara itu, pekerja di kaunter itu memaklumkan makanan Naufal yang dikira oleh pekerja lain telah dikenakan caj yang maksimum.

Kira semula harga makanan total RM20.30

Lelaki itu kemudiannya membuat pengiraan semula makanan yang diambilnya. Naufal lalu mengatakan dia sudah agak ada yang tidak kena dengan caj awal terbabit.

“Jadi dia kira balik, total aku punya ikan kembong, nasi kosong, dengan kuah sambal sikit tu, teh o ais, ais kosong RM20.30.

“Jadi pengajarannya sebelum makan tengok dahulu (harga) dan tanya dulu. Dalam masa sama, staf janganlah main kira suka-suka hati sahaja kerana ia merisikokan kedai.”

Jelasnya lagi dia juga akan melakukan perkara sama kepada kedainya agar staf turut tidak melakukan hal sama.

Ramai sifatkan harga RM20 masih mahal

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengatakan harga RM20 tersebut masih lagi mahal untuk lauk yang diambil.

Ada yang mengatakan di tempat mereka untuk ikan bakar seperti itu mungkin sekitar RM15 atau kurang daripada itu.

“Mahal nak ‘mampuih’ Ikan Kembong bakar tempat aku RM8 sahaja! Siap nasi + air RM12.50.”

image is not available

“Buat laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) je bang. Melampau sangat harga”

image is not available

“Ini punca-punca kenapa aku balik Melaka pun, aku masak dekat rumah…”

image is not available