Lelaki terkejut jumpa kucing kurang upaya di Pulau Talang

13 Nov 2025 • 8:21 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila menemui seekor kucing kurang upaya di sebuah pulau yang terletak di Pulau Talang. Pulau berkenaan difahamkan, terletak di tengah laut dan terpisah daripada daratan utama, menjadi lokasi misteri bagi kehadiran kucing itu.

Menurut lelaki tersebut, ini adalah kali pertama dia menjumpai kucing di pulau berkenaan, dan dia merasa hairan bagaimana haiwan itu boleh berada di lokasi terpencil tersebut.

“Macam mana kucing boleh ada dekat Pulau Talang ni? Ni lah first time aku jumpa kucing kat sini. Tak tahu macam mana dia datang sini, dia datang ikut boat ke ataupun orang bawa sini ke, ataupun… Takkanlah dia berenang? Ni kucing OKU,” jelasnya.

image is not available

Baca juga:

Dalam perkongsian video berkenaan, dia menceritakan cabaran ketika cuba membawa kucing tersebut menaiki kayak.

“Aku pergi sana pakai kayak, barang-barang camping penuh. Aku cuba masuk kucing tu dalam tong ikan yang aku bawa (jumpa kat pulau) tapi dia takut. Tong tu pun tak stabil atas kayak, jatuh sebab dia meronta-ronta. Tu belum kena alun ombak lagi. Bahaya kalau dia terjun ke laut, kan naya. Mintak tolong sesiapa yang naik bot berdekatan situ untuk rescue dan bawa dia ke darat,” tambahnya.

image is not available

Lelaki itu juga berharap agar ada orang awam yang berada berhampiran dapat membantu membawa kucing tersebut ke lokasi yang lebih selamat bagi menjamin keselamatannya.

Rata-rata netizen mengecam individu yang membuang kucing berkenaan ke kawasan pulau tersebut dan menyifatkan tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab serta kejam terhadap haiwan.