“Saya Yang Ajak Dia” – Pelukis Mural Tampil Jelaskan Isu Pelancong China Lukis Gambar Panda

12 Nov 2025 • 12:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelancong dari China baru-baru ini menimbulkan kemarahan warganet selepas merakam dirinya melukis seekor panda pada mural terkenal “Girl on Scooter” di Chew Jetty, Pulau Pinang. Ramai yang menganggap tindakannya kurang menghormati karya seni itu.

Menurut laporan Weird Kaya yang juga memetik Sin Chew Daily, pelukis asal mural tersebut, Zhou Huaxing, tampil menjelaskan bahawa insiden itu sebenarnya hanyalah satu salah faham.

image is not available

Menurutnya, dia sendiri yang menjemput Shen Shishi iaitu pelancong terbabit, untuk menambah sentuhan lukisan panda pada mural itu.

Artikel lain: Pelukis Mural Di Penang Kecewa, AirAsia Guna Lukisan Tanpa Kebenaran

“Saya ternampak karya Shen di Xiaohongshu dan rasa gayanya sangat kreatif. Jadi, saya ajak dia untuk menambah elemen panda pada mural.
“Walaupun saya seorang penjual kereta, seni sentiasa menjadi minat saya, dan saya sempat menasihatinya supaya menumpukan kepada lukisan panda untuk membina identiti seninya,” katanya.

image is not available

Zhou juga berkata sebelum Shen pulang ke Chongqing, mereka sempat makan malam bersama sambil berkongsi idea dan perbincangan tentang seni.

Adik perempuan Zhou pula berkongsi bahawa dia pada awalnya tidak mengetahui tentang jemputan itu.

“Jiran memberitahu ada seseorang sedang melukis di dinding, lalu saya terus hubungi abang saya. Tapi dia kata biarkan Shen teruskan lukisannya,” ujarnya.

image is not available

Akhirnya, isu ini diselesaikan dengan aman dan Shen juga turut menghadiahkan mereka berdua sebuah magnet peti sejuk berbentuk panda sebagai kenang-kenangan.

Zhou turut menyeru warganet supaya berhenti mengkritik Shen kerana situasi ini hanyalah salah faham. Malah, lukisan panda itu kini dilihat menarik lebih ramai pengungjung ke mural berkenaan.

image is not available

Sumber: Weird Kaya (Sarah Yeoh)

The post “Saya Yang Ajak Dia” – Pelukis Mural Tampil Jelaskan Isu Pelancong China Lukis Gambar Panda appeared first on Borak Daily.