Lelaki terselamat motosikal terbakar

LocalCars
14 Dec 2024 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki terselamat, namun, motosikal Honda Wave 110 yang ditunggangnya musnah dalam kejadian berhampiran tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.26 pagi berhubung kejadian itu.

AdvertisementMenurutnya, sepasukan tujuh anggota dan sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian pada jarak 17 kilometer (km) bagi melakukan operasi pemadaman.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah motosikal yang musnah 100 peratus dan pasukan operasi menggunakan satu aliran salur bantu mulandari jentera bomba bagi memadamkan api,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Tambahnya, operasi terkawal lima minit kemudian sebaik pihaknya tiba di lokasi jam 8.40 pagi dan menamatkan operasi jam 8.54 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain wujud.

Tiada mangsa terlibat dalam insiden itu memandangkan penunggang terbabit berjaya turun dari kenderaannya sebelum terbakar.