Lelaki, tunang cuba bunuh anggota polis direman seminggu

6 Feb 2024 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki bersama tunangnya dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman bagi kes cubaan bunuh anggota polis.

IPOH - Pasangan tunang yang ditahan selepas disyaki melakukan cubaan bunuh dengan melanggar anggota polis berpangkat Lans Koperal hingga parah Ahad lalu, direman selama tujuh hari.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 34 tahun itu bermula Selasa hingga Isnin depan bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Nora Sharif di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa.

Media melaporkan seorang anggota polis parah dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, suspek telah bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali dengan mengundur kenderaan sebelum memecut laju untuk melarikan diri.

Anggota berusia 34 tahun itu yang mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Susulan kejadian itu, pasangan kekasih warga tempatan itu berjaya ditangkap di Tanjung Rambutan dalam tempoh kurang 24 jam dan merampas kereta yang digunakan dalam kejadian itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved