Lelaki Tunggang Motor Bogel Lepas Kelar Isteri & Anak Dah Ditahan Polis

Entertainment
4 Jul 2022 • 7:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial sekarang memperlihatkan seorang lelaki menunggang motor dalam keadaan berbogel selepas mengelar isterinya yang baru lepas habis pantang dan bayinya yang baru berusia 2 bulan.

Video itu dirakam oleh salah seorang pemandu dan dikatakan insiden tragis itu berlaku di rumah mereka di Bakar Batu, JB, tengah hari tadi (7 Julai 2022).

Lapor Bernama, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pintu rumahnya oleh penduduk setempat dan mayat mangsa dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Aminah bagi proses bedah siasat.

image is not availableimage is not available

Difahamkan suspek telah pun ditahan dan kes akan disiasat mengikut Kes 303 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, polis akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Difahamkan, lelaki itu telah ditahan di Permas Jaya bersama sebilah pisau pemotong daging dan motosikal berwarna merah yang digunakan itu, suspek juga ditahan dalam keadaan berbogel.

Sumber turut melaporkan bahawa jika suspek didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman mati.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.