Lelaki tunjuk kemaluan dalam pejabat dicekup

24 Jul 2024 • 5:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin. Gambar hiasan

AMPANG - Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berumur 44 tahun.

"Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, wanita itu mendakwa suspek bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa ketika berada di pejabat bangunan berkenaan.

"Mangsa yang panik kemudiannya bertindak melarikan diri ke tempat parkir kereta," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, suspek berumur 48 tahun yang bertugas sebagai pembantu operasi syarikat ditahan kira-kira jam 5.30 petang.

"Suspek bagaimanapun didapati bebas daripada sebarang pengaruh dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.