Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam Pejabat Dicekup

24 Jul 2024 • 10:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin.

Suspek ditahan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berumur 44 tahun.

Katanya, suspek berumur 48 tahun yang bertugas sebagai pembantu operasi syarikat ditahan kira-kira jam 5.30 petang.

​BERITA TRENDING:Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

"Suspek bagaimanapun didapati bebas daripada sebarang pengaruh dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Sinar Harian