Lelaki Tunjuk Zon Waktu Di Indonesia Berubah Tiba-tiba, Rupanya Sebab..

Entertainment
29 Dec 2023 • 1:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya ramai dah tahu tentang perbezaan masa yang boleh dikatakan unik berlaku di beberapa tempat di luar negara. Sebagai contoh, waktu malam dan siang di negara kutub utara tidak sama dengan waktu di negara lain.

Namun begitu, satu video yang dimuat naik oleh pengguna X, menunjukkan ‘fenomena aneh’ berlaku di beberapa perbatasan tempat di Indonesia.

Waktu berubah bila sampai jambatan & bukit

Pada awalnya, lelaki itu menunjukkan waktu pada telefonnya iaitu jam 17.44 (5.44 petang) ketika dia berada di sempadan antara Kabupaten Manokwari dan Manokwari Selatan, Indonesia. Apabila dia tiba di satu jambatan, waktu di telefonnya berubah ke jam 15.44 (3.44 petang).

Namun, semasa dia melalui satu bukit selepas melepasi jambatan itu, waktu di telefonnya berubah semula ke jam 17.46 (5.46 petang). Kalau korang perhatikan, perubahan waktu adalah sebanyak 2 jam dan berlaku di tempat yang agak dekat.

Perubahan waktu Indonesia Barat & Indonesia Timur

Menurut portal Kompas.com, di Indonesia terdapat pembahagian tiga wilayah waktu iaitu Waktu Indonesia Barat (WIB), Waktu Indonesia Timur (WIT), Waktu Indonesia Bahagian Tengah (WITA). Jarak waktu antara ketiga-tiga wilayah itu juga lebih kurang 1 hingga 2 jam.

Jelas dalam video, pada jam 17.44 (5.44 petang) ketika lelaki itu sedang berada di wilayah timur dan waktu akan mengikut jam WIT. Apabila dia sampai ke jambatan, waktu berubah ke jam 15.44 (3.44 petang) disebabkan tempat itu sudah masuk di wilayah barat dan mengikuti jam WIB.

Semasa dia melalui bukit pula, jam berubah ke waktu asal iaitu pada pukul 17.46 mengikut waktu timur (WIT). Ini kerana, tempat di sekitar bukit itu telah pun masuk di wilayah timur Indonesia.

Menjengah di ruangan balas, ada beberapa netizen Indonesia turut memberi respon.

image is not available image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.